hikmah pengharaman babi

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang
sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging
babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.
Dalam kesempatan ini, saya sitir kembali kejadian yang berlangsung
ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya
kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam.
Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi
haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita,
mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini
sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan
kebersihan terjamin dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana
mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba
lainnya?" Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu dan
dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor
ayam jantan beserta satu ayam betina dan dua ekor babi jantan beserta
satu babi betina.
Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk
apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan
saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.
Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama
satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu
berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi
dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewaz.
Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian
beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama
dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi
jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan
hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan
untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau
berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang
memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian
melihat isterinya bersama lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa
cemburu dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya
bersama lelaki asing dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu dan
was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang
yang memakannya.
p/s: tidak tercabarkah lelaki??DAYUS..dlm hadis menyatakan orang yang dayus bukan sahaja tidak dapat masuk syurga bahkan bau syurga pun tak dapat..Menurut hadis-hadis disebutkan bahawa bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak 40tahun, 100tahun, 500tahun, dan 1,000tahun perjalanan...
Wallahualam
No comments:
Post a Comment