Sumber : Majalah Solusi
Soalan: Adakah
minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang
penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia
memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu yang
betul?
(Suhaimi Mohd Yatim)
Jawapan :
Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara
ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang
dicampurkan dengan arak.
Alkohol
terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan.
Alkohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini yang dinamakan sebagai
"alkohol Etil" atau "thanol". Sementara alkohol yang terbentuk daripada
kayu-kayuan pula disebut sebagai "Methyl" atau Metanol. Alkohol Etil
yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga
menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar juga mesra
alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.
Alkohol
yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan haruman
bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia
menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang
hanya mencampurkan sedikit airdan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga
berbeza dengan arak, dan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk
sebaliknya mati!
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol TIDAK NAJIS
dan boleh digunakan untuk bersolat. Ini juga adalah fatwa yang
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-azhar.
Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis.




No comments:
Post a Comment