klik disini

57 Jenis Senarai Biasiswa Malaysia 2012 | Biasiswa JPA | Biasiswa Mara | Biasiswa Petronas

Thursday, 12 April 2012

Pelajaran Mengenal Hadis dan Kaedah Mengusulkannya

Pada asasnya,  apabila kita membuka kitab hadis atau website dan blog mengenai Hadis atau yang menyertakan hadis, kita akan bertemu istilah yang akan diterangkan di bawah ini. Semoga dengan panduan ringkas ini, dapat kita jadikan ia sebagai penambahan ilmu pengetahuan di dalam bidang ilmu hadis. Pembahagian hadis yang pertama kita akan menemui hadis itu dilabel sahih, hasan, daif (lemah) dan maudhu (palsu). Ia dinamakan status hadis
STATUS HADIS
1. Hadis Sahih
Hadis sahih ialah hadis yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi
yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadis sama ada melalui kekuatan ingatan atau
ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan.
a. Hadis Sahih Li Zaatihi:
Iaitu Hadis yang bersambung sanadnya melalui pembawaan orang yang kuat hafalan dan adil
serta meriwayatkan daripada orang yang kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa
terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.
b. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi
apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yang lain maka ianya dibantu oleh
suatu kekuatan pada dua bentuk:
Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yang masyhur dgn kebenaran dan penjagaan
rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz
yang mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.
Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yang lain di mana dgn cara ini diperoleh satu kekuatan
yang dapat menggantikan apa yang hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat
menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya
dianggap Li Ghairihi.

Syarat menjadikan ia sahih ialah:
a.  Hadis yang telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhain iaitu Imam Bukhari dan Imam
Muslim (Muttafaqun 'alaihi).
b.  Hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
c.  Hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.
d.  Hadis yang menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak
meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka
bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari
dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm keduadua
kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak
meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yang lain).
e.  Hadis yang menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab
sahih.
f.  Hadis yang menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab
sahih.
g.  Hadis yang dianggap sahih oleh ulama-ulama selain daripada keduanya tetapi tidak menepati
syarat salah seorang daripada mereka.
2. Hadis Hasan
Hadis hasan ialah hadis yang sanadnya bersambung dan diriwayatkan oleh perawi yang adil
tetapi ingatannya kurang sempurna serta terselamat daripada sebarang shadh dan ‘illah. Hadis ini adalah hadis selain hadis sahih Bukhari dan Muslim yang dinilai semula perawinya. Kebiasaannya ia terdapat di dalam hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Imam Malik dan Imam Ahmad.
3. Hadis Daif (Lemah)
Hadis daif ialah hadis yang di dalamnya tidak wujud sifat hadis sahih dan hasan. Ini bermaksud,
hadis daif ialah hadis-hadis yang baik dan hampir memiliki syarat-syarat untuk menjadi sahih
tetapi terdapat beberapa kekurangan di dalam syarat-syarat tersebut terutama syarat untuk
menjadi sahih tetapi terdapat beberapa kekurangan di dalam syarat-syarat tersebut terutama
syarat yang berkaitan dengan para perawinya. Kedaifan bagi mana-mana hadis berbeza-beza
berdasarkan kepada sejauh mana hadis tersebut tidak menepati syarat-syarat hadis hasan. Kebiasaannya ia terdapat di dalam hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Imam Malik Imam Hakim, Imam Ahmad,  Ad-Darimi, Ad-Dailami, Daruquthni dan Baihaqi.
4. Hadis Maudhu’ (Palsu)
Dari segi istilah di kalangan ahli usul, hadis maudhu’ ialah hadis palsu di mana perawinya terdiri orang yang gemar berdusta sama ada dari kalangan ulama, pemerintah, golongan rakyat jelata dan munafikin. Sebab-sebab Pemalsuan Hadis
a. Wujudnya golongan aliran politik.
b. Pemerintahan Islam telah menawan Kisra (Raja Parsi) dan Qaisar (Raja Rom) iaitu munculnya golongan munafik untuk menjatuhkan Islam.
c. Perbezaan Kaum dan Imam Mazhab.
d. Mereka-reka cerita dan fadhilat untuk tatapan masyarakat.
e. Perbezaan mazhab dan teologi (masalah fiqh, furu'iyyah, usul, tauhid).
f. Mencari pengaruh (tarekat tasawuf).
g. Zuhud yang Melampau (sufiyyah).
h. Masalah Agama Syiah
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
Barang siapa menceritakan hadis dariku, yang mana riwayat itu diduga adalah kebohongan, maka dia (perawi) adalah salah satu dari para pembohong tersebut. (Hadis Sahih Muslim)
kemudian dijelaskan lagi;
لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَيَّ يَلِجْ النَّارَ
Janganlah kalian berdusta atas namaku, kerana siapa yang berdusta atas namaku nescaya dia masuk neraka (Hadis Sahih Muslim)
Kebiasaannya ia terdapat di dalam hadis riwayat Imam Hakim, Ad-Darimi, Ad-Dailami, dan Daruquthni, Baihaqi, Ibnu Ishaq, dan ia boleh dilihat di dalam beberapa kitab termasuk kitab Ihya Ulumuddin, Kitab Fadahil Amal, Kitab Kuning, kitab Qishashul Anbiya dan Tafsir at-Thabari. Kebiasaannya hadis ini tidak dilabelkan sebagai maudhu dan juga pada kebiasaanya hadis ini digugurkan sanadnya dan hanya mengambil nama sahabat sahaja. Terlalu banyak hadis daif di sekitar kita.
Jadi, bolehkah gunakan hadis palsu untuk tujuan fadhail amal?
KAEDAH PENYARINGAN HADIS
Baiklah, kemudian setelah mengenali status hadis, kini kita memasuki cabang kedua di dalam hadis iaitu bagaimana menentukan kesahihan atau hasannya hadis itu untuk tujuan amalan yang menghampirkan diri kita kepada sunnah. Ia terbahagi kepada tiga iaitu bersandarkan penyandarnya, gugurnya sanadnya dan banyak jalannya. Kaedah inilah ulama muhaddisin yang muktabar menyaring hadis-hadis kepada status yang kita telah baca sebentar tadi. Dengan mengenali sanad setiap hadis melalui perawinya, kita akan tahu status hadis tersebut. Berikut, diberikan kaedahnya:
1. Bersandarkan Penyandaran
a. Hadis Qudsi
Qudsi ialah Secara bahasa (Etimologis), kata Qudsi dinisbahkan kepada kata Al-Quds (Suci). Ertinya, hadis yang dinisbahkan kepada zat yang Maha suci, iaitu Allah Ta'ala. Dan secara istilah (terminologi) definisinya adalah: Sesuatu (hadis) yang dinukil dari Nabi Shallallahu 'alaihi Wa Sallam yang disandarkan beliau kepada Rabb-nya.
Allah -> Sabda Nabi -> Sahabat -> Tabi'in -> Tabi' at-tabi'in -> Perawi -> Penyusun Hadis
b Hadis Marfu'
Marfu' ialah sabda atau perbuatan, taqrir atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Sabda Nabi -> Sahabat -> Tabi'in -> Tabi' at-tabi'in -> Perawi -> Penyusun Hadis
c. Hadis Mauquf
Mauquf ialah perkataan, perbuatan atau taqrir yang disandarkan kepada seorang sahabat.
Sahabat -> Tabi'in -> Tabi' at-tabi'in -> Perawi -> Penyusun Hadis
d. Hadis Maqthu
Maqthu' ialah perkataan atau taqrir yang disandarkan kepada tabi'in atau generasi berikutnya.
Tabi'in -> Tabi' at-tabi'n -> Perawi -> Penyusun Hadis
atau
Tabi' at-tabi'in -> Tabi' al-Atba' -> Perawi -> Penyusun Hadis
2. Berdasarkan gugurnya sanad
a. Hadis Mursal
Mursal ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi langsung disandarkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, tanpa menyebutkan nama orang (sahabat) yang menceritakan kepadanya.]
Sabda Nabi - Tabi'in - Tabi' at-tabi'in - Perawi - Penyusun Hadis
b. Hadis Mu'dhal
Mu'dhal ialah hadis/berita yang dua orang perawi atau lebih gugur/putus dalam satu tempat secara berurutan.
Sabda Nabi - Sahabat - Perawi - Penyusun Hadis
c. Hadis Munqathi'
Munqathi' ialah hadis/berita yang di tengah sanadnya gugur/terputus seorang rawi atau beberapa rawi, tetapi tidak berturut-turut.
Sabda Nabi -> Sahabat -> Tabi' at-tabi'in -> Perawi -> Penyusun Hadis
d. Hadis Mu'allaq
Mu'allaq ialah hadis yang dari awal sanadnya gugur/terputus seorang perawi atau lebih dengan berturut-turut.
Sabda Nabi -> Sahabat -> Tabi'in -> Tabi' at-tabi'in -> Penyusun Hadis
3. Berdasarkan banyaknya jalan (jalur perawi)
a. Hadis Gharib
Gharib ialah hadis yang diriwayatkan hanya dengan satu sanad.
Sabda Nabi - Sahabat - Tabi'in - Tabi' at-tabi'in - Perawi - Penyusun Hadis
b. Hadis Aziz
'Aziz ialah hadis yang diriwayatkan dua jalan saja.
Sabda Nabi -> Sahabat (1/2) -> Tabi'in (1/2) -> Tabi' at-tabi'in (1/2) -> Perawi (1/2) -> Penyusun Hadis (1/2)
c. Hadis Mahsyur
Masyhur ialah hadis yang diriwayatkan lebih dari dua jalan tetapi tidak melebih 9 jalan, dan belum mencapai derajat mutawatir.
Sabda Nabi - Sahabat (1, 2, 3...9) -> Tabi'in (1, 2, 3...9) -> Tabi' at-tabi'in (1, 2, 3...9) -> Perawi (1, 2, 3...9) -> Penyusun Hadis (1, 2, 3...9)
d. Hadis Mutawatir
Mutawatir ialah hadis yang diriwayatkan dengan banyak sanad melebihi 9 jalan yang berlainan perawinya, dan mustahil mereka berpakat berkumpul untuk berdusta membuat hadis itu.
Sabda Nabi -> Sahabat (1, 2, 3...9+) -> Tabi'in (1, 2, 3...9+) -> Tabi' at-tabi'in (1, 2, 3...9+) -> Perawi (1, 2, 3...9+) -> Penyusun Hadis (1, 2, 3...9+)
ISTILAH PERAWI
Sudah tentu kita akan terlihat istilah sahabat, tabi’in, tabi’ at-tabi’in, Tabi' al-Atba' dan perawi. Imam Syafii adalah tabi’ at-tabi’in dan ini bermakna, sesiapa mengikuti Mazhab Syafii, mereka mengikuti generasi ini tetapi sesiapa beraqidahkan al-asyariah, maturidiah, Junaid baghdadiah, sufiyyah dan bermacam-macam-macam lagi, ia telah jauh dari pegangan Imam Syafii kerana mereka yang saya sebutkan tadi bukanlah generasi tabi’ at-tabi’n.
Apakah maksudnya sahabat, tabi’in, tabi’ at-tabi’in, Tabi' al-Atba' dan perawi? Maka, pelajaran seterusnya ialah mengetahui makna istilah ini.
1. Istilah sahabat
Sahabat (ash-shahaabah, الصحابه) adalah mereka yang mengenal dan melihat langsung Nabi Muhammad, membantu perjuangannya dan meninggal dalam keadaan Muslim.
Menurut al-Hakim dalam Mustadrak, Sahabat terbahagi dalam beberapa tingkatan, iaitu:
a. Para sahabat yang masuk Islam di Mekkah, sebelum melakukan hijrah, seperti Khulafa'ur Rasyidin, Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Haritsah, Abu Bakar ash-Shiddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Abbas bin Abdul Muthalib, Hamzah bin Abdul Muthalib, Ja'far bin Abi Thalib.
b. Para sahabat yang mengikuti majlis Darunnadwah
c. Para sahabat yang ikut serta berhijrah ke negeri Habasyah
d. Para sahabat yang ikut serta pada bai'at Aqabah pertama
e. Para sahabat yang ikut serta pada bai'at Aqabah kedua
f. Para sahabat yang berhijrah setelah sampainya Rasulullah ke Madinah
g. Para sahabat yang ikut serta pada perang Badar
h. Para sahabat yang berhijrah antara perang Badar dan perjanjian Hudaibiyyah
i. Para sahabat yang ikut serta pada bai'at Ridhwan
j. Para sahabat yang berhijrah antara perjanjian Hudaibiyyah dan fathu Makkah
k. Khalid bin Walid
l. Amru bin Ash
m. Para sahabat yang masuk Islam pada fathu Makkah,
n. Abu Sufyan
o. Mu'awiyah bin Abu Sufyan
p. Ikrimah bin Abu Jahal
q. Bayi-bayi dan kanak-kanak yang pernah melihat Rasulullah pada fathu Makkah. Mereka ini kemudian berguru dengan sahabat dan digelar tabi'in.
2. Istilah Tabi'in
Tabi'in ertinya pengikut, Tabi'in disebut juga sebagai murid Sahabat Nabi. Tabi'in adalah orang Islam awal yang masa hidupnya setelah para Sahabat Nabi dan tidak mengalami masa hidup Nabi Muhammad. Usianya tentu saja lebih muda dari Sahabat Nabi bahkan ada yang masih anak-anak atau remaja pada masa Sahabat masih hidup.
a. Bayi-bayi dan kanak-kanak yang pernah melihat Rasulullah
b. Uwais Al-Qorniy
c. Said bin Al-Musayyib
d. Urwah bin Az-Zubair
e. Saalim bin Abdillah bin Umar
f. Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas'ud
g. Muhammad bin Al-Hanafiyah
h. Ali bin Al-Hasan Zainal Abidin
i. Al-Qaasim bin Muhammad bin Abi Bakar Ash-Shiddiq
j. Al-Hasan Al-Bashriy
k. Muhammad bin Sirin
l. Abu Hanifah Umar bin Abdul Aziz
m. Muhammad bin Syihab Az-Zuhriy.
dan lain-lain. Ini terpecah pula kepada dua bahagian iaitu
a. Tabi'in kalangan murid sahabat
b. Tabi'in kalangan tua
c. Tabi'in kalangan pertengahan
d. Tabi'in kalangan biasa
3. Istilah Tabi' at-tabi'in
Tabi'ut tabi'in atau Atbaut Tabi'in ertinya pengikut Tabi'in, adalah orang Islam teman sepergaulan dengan para Tabi'in dan tidak mengalami masa hidup Sahabat Nabi. Tabi'ut tabi'in disebut juga murid Tabi'in. Menurut banyak literatur Hadis : Tab'ut Tabi'in adalah orang Islam dewasa yang pernah bertemu atau berguru pada Tabi'in dan sampai wafatnya beragama Islam. Dan ada juga yang menulis bahawa Tabi'in yang ditemui harus masih dalam keadaan sihat ingatannya. Kerana Tabi'in yang terakhir wafat sekitar 110-120 Hijriah. Dalam kalangan 4 imam mazhab ahli sunnah waljamaah imam Hanafi tidak termasuk dalam tabi' tabiin kerana beliau pernah berguru dengan sahabat Nabi. Manakala baik 3 imam iaitu imam Malik dan imam Syafi'i adalah tabi' tabiin kerana mereka berguru dengan tabiin.
Tabi'in seperti definisi di atas tapi bertemu dengan Sahabat. Sahabat yang terakhir wafat sekitar 80-90 Hijriah.
Antaranya: Malik bin Anas, Al-Auza'iy, Sufyan Ats-Tsauriy, Sufyan bin Uyainah Al-Hilaliy, Al-Laits bin Saad, Abdullah bin Al-Mubaarok, Waki', Asy Syafi'i, Abdurrahman bin Mahdiy, Yahya bin Said Al-Qathan, Yahya bin Ma'in, Ali bin Al-Madiniy.
dan lain-lain. Ini terpecah pula kepada dua bahagian iaitu
a. Tabi'ut tabi'in kalangan murid Tabi'in.
b. Tabi'ut tabi'in kalangan tua
c. Tabi'ut tabi'in kalangan pertengahan
d. Tabi'ut tabi'in kalangan biasa
Mereka kebanyakannya mewarisi hadis dari tabi'in, mendengar dan mengajar hadis.
4. Istilah Tabi' al-Atba'
Mereka ini adalah orang Islam teman sepergaulan dengan para Tabi' at-tabi'in sama ada pernah berguru dengan mereka atau menjadi sahabat, atau pernah bergaul atau warga biasa. Jumlah mereka ramai dan di antaranya
a. Tabi' al-Atba' kalangan murid Tabi' at-tabi'in.
b. Tabi' al-Atba' kalangan tua
c. Tabi' al-Atba' kalangan pertengahan
d. Tabi' al-Atba' kalangan biasa
LABEL SIFAT PADA PERAWI
Mereka kebanyakannya menjadi perawi dalam hadis setelah belajar atau bergaul dengan Tabi' at-tabi'in sebelum sampai dan dicatatkan oleh pengumpul hadis. Di kalangan mereka ada yang tsiqah, jujur, shaduq, dhaif, pendusta dan lain-lain. Berikut adalah label yang diberi kepada tabi'in sehingga perawi hadis berdasarkan pengalaman, pertanyaan dan pengajian turun temurun sejak zaman rasulullah.
a. Tsiqah Tsiqah / Tsiqah Hafidz
Tsiqah Tsiqah atau Tsiqah Hafidz ialah Perawi yang mempunyai kredibiliti yang tinggi, yang terkumpul pada dirinya sifat adil dan hafalannya sangat kuat.
b. Tsiqah / 'Adil
Tsiqah/ Mutqin/`Adil = Perawi yang mempunyai sifat `adil dan kuat hafalannya
c. Shaduuq la ba'sa bih
Shaduq La ba`sa bihi= Perawi yang jujur terhadap apa yang diberitakan dan perawi tersebut tidak bermasalah (cacat dalam periwayatan).
d. Shaduq - Buruk hapalannya
Shaduq, buruk hafalannya = Perawi yang jujur terhadap apa yang diberitakan, tetapi ia memiliki hafalan yang buruk dan sering keliru dalam periwayatan.
e. Maqbul
Maqbul = Perawi yang diterima periwayatannya dan dapat dijadikan sebagai hujjah.
f. Majhul Haal
Majhul Al-Haal/Mastur= Perawi yang tidak diketahui jati dirinya dan personalitinya.
g. Dha'if (Lemah)
Dha'if = Perawi yang lemah periwayatannya (lemah/cacat hapalannya, lemah ilmunya, lemah dalam agama)
h. Tidak dipercayai/Majhul
Majhul = Perawi yang hanya diriwayatkan oleh satu orang saja.
i. Matruk
Matruk ialah Perawi yang dituduh berdusta, atau perawi yang banyak melakukan kekeliruan, sehingga periwayatanya bertentangan dengan periwayatan perawi yang tsiqah. Atau perawi yang sering meriwayatkan hadis-hadis yang tidak dikenal (gharib) dari perawi yang terkenal tsiqah.
j. Tertuduh berdusta
Tertuduh berdusta = Orang yang tertuduh berdusta derajat hadisnya seperti hadis palsu, tetapi tidak dapat dipastikan bahawasanya hadis tersebut hadis palsu, kerana kondisi dia yang tertuduh mengakibatkan derajat hadisnya turun mendekati hadis palsu.
k. Kadzab (Pendusta)
Kadzaab (pendusta) = Perawi yang pendusta, hadisnya tidak bisa dijadikan hujjah.
Jumlah hadis sahih yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab Sahih Bukhari ialah 7008 hadis manakala Imam Muslim di dalam kitab sahihnya menulis hanya 5362 hadis. Ada yang pasti tertanya, kenapa Imam Ahmad meriwayatkan 26363 hadis iaitu lebih banyak dari Syeikhain.
Imam Bukhari berkata: “Saya hafal hadis di luar kepala sebanyak 100.000 buah hadis sahih, dan 200.000 hadis yang tidak sahih.”

Gelaran keahlian bagi imam-imam hadis

a) al-Musnid : orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya baik mengusai ilmua hadis atau tidak

b) al-Muhaddis : gelaran ini ditujukan kepada mereka yang mengusai ilmu dirayah dan riwayah, mendalami kecacatan dan sanad sesuatu hadis, dia juga menghafal sekurang-kurang 100 buah hadis, mengetahui perawi-perawi hadis dan riwayat yang ada pada zamannya.

c) Al-Hafiz : adalah orang yang menghafal hadis sekurang-kurangnya 100 000 hadis beserta sanad dan matannya. dia menguasai ilmu dirayah dan riwayah. Jumlah hadis yang diketahuinya adalah lebih banyak daripada yang dia tidak ketahui. Dia adalah orang yang dapat mensahihkan sanad dan matan dengan baik serta dapat menjarh (mencela) dan menta’dil (memuji) rawi sesuatu hadis. Contoh al-Hafiz ialah Imam al-Khatib al-Baghdadi, Imam az-Zahabi, al-Iraqi (pentaqiq kitab Ihya Ulumuddin), Ibnu Hajar al-Asqalany, Ibnu Daqiqil Ied

d) Al-Hujjah : hampir sama sahaja dengan al-Hafiz Cuma mereka menghafal hadis lebih kurang 300 000 buah hadis beserta sanad dan matan. Mereka juga dikatakan lebih mengetahui biograwi rawi dengan baik. Contoh al-hujjah ialah Muhammad Abdullah bin Amr, Imam Sufyan bin uyainah, Imam Tabrani, Imam ad-Darimi

e) Al-Hakim : darjat mereka lebih tinggi daripada al-hujah. sangat dalam ilmu mereka tentang hadis sama ada jarh dan ta’dil suatu rawi matan dan sanad dan sebagainya. Contoh al-Hakim ialah Imam Malik, Imam syafie, Imam laits bin saad, Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi.

f) Amirul Mukminin fil hadis : ini adalah darjat tertinggi bagi semua imam hadis. Mereka menjadi sumber utama dalam dunia hadis. Mereka berfungsi seperti khlaifah yang menyampaikan sunnah. Contoh amirul mukminin dalam hadis ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Sufyan ats-sauri, Imam Ishaq. Sesetengah buku mencatatkan bahawa Ibnu Hajar al-Asqalany juga termasuk golongan ini. wallahu a’lam
 Jadi, melalui pelajaran yang telah saya terangkan, sudah tentu pembaca faham apakah sebenarnya yang berlaku. Kita sendiri boleh menjawabnya;
Mengapa ada yang mengekalkan hadis maudhu di dalam kitab sunan masing-masing?
Mengapakah Muttafaqun 'alaihi sedikit hadisnya?
Sebenarnya, tanpa periwayatan hadis maudhu dan dhaif, kita tidak akan kenal sebutir verlian di antara ribuan kaca. Di dalam pelajaran kitab Sunan Sittah (kutubussittah), pelajaran 6 kitab hadis ini akan membuatkan pelajar dalam bidang hadis lebih memahami konsep tajuk yang saya bincangkan di dalam artikel ini. Malah ianya menjadi hujah untuk kita menegur sesetengah golongan yang gemar memakai hadis palsu dalam kehidupan hariannya serta mereka yang tegar dengan perkara bid'ah.
Setelah diterangkan satu persatu secara ringkas, dapatkah kita memahami apa yang telah dinyatakan tadi? Insya Allah dengan pengenalan ringkas ini, dapat kita mengetahui langkah, kaedah, cara, metode dan rumusan mengenai sesuatu hadis. Wallahu a’lam

sumber 

No comments:

Post a Comment