Masalah-Masalah Yang Diperselisihi.
Soalan:
Adakah semua pandangan dalam perkara yang diselisihi ini sabit daripada Rasulullah?
Jawapan:
Terdapat
banyak amalan yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dan diriwayatkan
daripadanya bahawa baginda memang pernah melakukannya meskipun terdapat
amalan lain yang lebih kerap dilakukannya.
Contohnya, takbir di
dalam azan. Adakah empat kali atau dua kali sahaja. Kedua-dua bilangan
ini diriwayatkan daripada Rasulullah.
Mazhab Maliki mengambil bilangan dua kali, manakala mazhab lain mengambil bilangan empat kali.
Begitulah
juga dengan tarjii' (mengucap dua kalimah syahadat dengan perlahan
sebelum dilaungkan). Ianya telah diriwayatkan daripada Rasulullah.
Sebahagian ulama menerimanya dan sebahagian yang lain menolaknya.
Sebahagian
dari perkara ini diriwayatkan daripada Rasulullah, meskipun mungkin
satu bahagian lebih kerap diamalkan daripada bahagian yang lain. Seperti
membaca bismillah dengan kuat.
Adalah diriwayatkan, baginda
tidak membacanya dengan kuat. Namun, terdapat hadis-hadis yang
menunjukkan baginda membacanya dengan kuat. Ini tidaklah menghalang
kemungkinan baginda membacanya dengan kuat dalam sesetengah keadaan
untuk mengajar orang yang bersembahyang di belakang baginda atau
sebagainya.
Oleh itulah, Ibnu Taimiah telah berkata di dalam perkara-perkara yang seumpama ini:
"Kita
boleh meninggalkan perkara yang afdhal dalam ibadat demi menyatukan
hati, sebagaimana Rasulullah membiarkan Kaabah daripada dikembalikan
pembinaannya di atas asas yang telah dibina oleh nabi Ibrahim kerana
bimbang orang ramai akan menjauhkan diri daripadanya.
Imam-imam
seperti Imam Ahmad juga berpandangan demikian dalam masalah bismillah,
menyambung sembahyang witir (iaitu sama ada tiga rakaat sembahyang witir
dilakukan dengan satu atau dua salam) dan sebagainya yang menunjukkan
boleh meninggalkan perkara-perkara yang afdhal demi menyatukan hati,
serta untuk menunjukkan bahawa perkara itu adalah sunnah dan
sebagainya."
Hukum `At-Talfiq' Antara Mazhab-Mazhab.
Soalan:
Apakah
hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya
bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula?
Jawapan:
Inilah
yang dinamakan `talfiq'. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian
yang lain melarangnya. Pada pandangan saya sekiranya 'talfiq' ini
bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai
oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus.
Oleh itu para salaf telah berkata: "Orang yang mencari rukhsah (keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq."
Sebagai contoh:
Seseorang
yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat
di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat
Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai `syufah' bagi membolehkannya
memiliki rumah jiran sebelahnya.
Tetapi jika pendapat mazhab
tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil
pendapat sebaliknya, iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya. Dia
berkata: "Aku mengambil pendapat Imam Syafie dan aku menolak pendapat
lainnya."
Itu adalah kerana dia mengikut hawa nafsunya,
mempermain-mainkan agama dan menjadikan mazhab-mazhab sebagai hamba
kepada kepentingannya.
Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa
bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya
(zahirnya menguntung atau merugikannya). Allah telah mencela kaum
Munafiq di dalam firman-Nya:
"Dan (di antara orang-orang yang
tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata:
Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat ".Kemudian
segolongan dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan
Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka
itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (bukti berpalingnya
mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah
RasuINya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka
dengan serta merta segolongan dari mereka berpaling engkar (menolak
ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan
(sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera
datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukamannya). An-Nur:
47-49.
Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.
Adapun
sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih)
pada, pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada
penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang
mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhuk,
pandangan Syafie yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan
wudhu' dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa air tidak akan najis
melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa
tenang dengan dalil-dalilnya.
Inilah fatwa saya.
Semoga
Allah memudahkan kita untuk memahami agamanya. Sesiapa yang Allah hendak
berikannya kebaikan akan diberi kefahaman dalam agama.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga, dan sahabat-sahabat baginda.
Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?Soalan
ini dikemukakan kepada saya oleh sebahagian pembaca sejak lebih dari
satu pertiga kurun rentetan daripada apa yang disiarkan di dalam majalah
Nurul Islam mengenai kajian fikah yang dinamakan oleh pengarangnya
sebagai `Hukum-hukum yang ganjil.
Soalan:
Haruskah
beramal dengan hukum-hukum yang ganjil ini, meskipun ianya menyanggahi
mazhab dan Imam yang diredhai dan diikuti oleh pembaca? Apatah lagi
terdapat di dalam hukum-hukum ini apa yang menyalahi semua keempat-empat
mazhab yang dimuktamad.
Bagaimana jiwa akan tenang untuk
beramal dengannya? Layakkah pula bagi satu majalah yang berpengaruh
menyiarkan perkara-perkara seperti ini, lalu menyebabkan berlakunya
pertelingkahan dan perdebatan antara para pembacanya? Sedangkan di waktu
yang sama ia menyeru kepada perpaduan dan persaudaraan?
Jawapan:
Bagi
menjawab soalan ini dengan penuh sedar dan insaf, eloklah bagi semua
pembaca yang prihatin terhadap urusan agama serta mencari kebenaran
semata, meletakkan di hadapan matanya hakikat-hakikat ini:
Ramainya Imam-Imam Mujtahid:
Mazhab-mazhab
feqah di dalam Islam tidaklah terbatas kepada empat sahaja, sebagaimana
yang disangka oleh orang-orang yang tidak berilmu.
Imam-imam
juga bukanlah sekadar Maalik, Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad sahaja.
Bahkan telah hidup sezaman dengan mereka, imam-imam yang sama
martabatnya dengan mereka di dalam ilmu dan ijtihad meskipun mungkin
kefakihan dan kealiman mereka tidak melebihi imam-imam ini.
Imam
al-Laith bin Sa'ad adalah sezaman dengan Imam Maalik. Imam as-Syafie
telah berkata mengenainya: "AI-Laith lebih fakih daripada Maalik, tetapi
pengikut dam muridnya (al-Laith) tidak menyebarkan
pendapat-pendapatnya."
Di Iraq pula terdapat Sufyan al-Thauri
yang tidak kurang martabat kefakihannya daripada Imam Abu Hanifah. Imam
al Ghazali telah menganggapnya sebagai salah seorang Imam, daripada lima
orang Imam-imam di dalam feqah. Ini ditambah pula dengan penguasaannya
yang mendalam di dalam ilmu hadis sehingga dia digelar `Amirul Mukminin
di dalam hadis.
Imam al-Auza'ie pula adalah Imam di Syam, yang
tiada tandingannya. Mazhabnya telah digunakan di sana lebih daripada dua
ratus tahun.
Di kalangan keluarga Rasulullah pula terdapat Imam
Zaid bin Ali dan saudaranya Imam, Abu Ja'far bin Ali al-Baqir serta
anaknya Imam Ja'far as-Sadiq. Kesemua mereka ini adalah mujtahid mutlak
serta diiktiraf oleh semua ahli sunnah.
Begitulah juga dengan
Imam at-Tabari yang datang selepas daripada mereka, adalah seorang
mujtahid mutlak. Beliau adalah Imam di dalam feqah, tafsir, hadis dan
tarikh. Mazhabnya mempunyai pengikut yang kemudian nya pupus.
Sebelum
imam yang empat ini pula terdapat imam-imam, ustaz-ustaz bahkan
sheikh-sheikh mereka serta guru-guru kepada sheikh-sheikh ini. Merekalah
yang mendapat tempat di kalangan masyarakat sebagai lautan ilmu dan
pelita hidayah.
Penuntut ilmu manakah yang tidak mengenali Said
bin al-Musaiyib, tujuh orang fuqahak Madinah, Towuus, `Athaa', Said bin
Jubair, `lkrimah, alHasan, Ibnu Shin, as-Sha'bi, al-Aswad, `Algomah,
Ibrahim, Masruq, Makhuul, az-Zuhri dan lain-lain fuqahak tabi'en yang
dikeluarkan oleh madrasah para sahabat ridhwanulLahi `alaihim? Mereka
menjadi tempat pergantungan imam-imam selepas mereka.
Sebelum
mereka pula terdapat fuqahak sahabat yang dikeluarkan oleh madrasah
ar-Rasul. Mereka menyaksikan sebab-sebab turunnya al-Quran dan datangnya
sesuatu hadis. Mereka adalah orang yang paling suci kefahamannya
terhadap agama, paling alim tentang makna al-Quran, paling tahu tentang
maksud-maksud bahasa dan lafaznya. Siapakah yang tidak mengetahui
kefaqihan Abu Bakar, Omar, Ali, Osman, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, lbnu
Omar, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Mu'az bin Jabal, `Aisyah dan
lain-lain Imam lagi dari kalangan sahabat? Merekalah yang diikuti lalu
mendapat hidayat Ilahi.
Imam Yang Empat Tidak Pernah Mendakwa Diri Mereka Maksum.
Sesungguhnya
Imam yang empat (begitu juga mujtahid-mujtahid lain) tidak pernah
mendakwa diri mereka maksum. Bahkan tiada seorang ulama pun yang pernah
beranggapan begitu terhadap mereka. Hakikatnya, mereka hanyalah mujtahid
yang mencari kebenaran sekadar kemampuan tenaga manusia yang ada pada
mereka. Sekiranya mereka betul, bagi mereka dua ganjaran dan sekiranya
mereka tersilap, bagi mereka satu ganjaran. Oleh itu ramai dari mereka
yang berpatah balik dari pandangan-pandangan mereka dan memilih
pandangan yang lain apabila jelas dan nyata kepada mereka dalil yang
lain.
Inilah rahsia kepada wujudnya lebih dari satu riwayat
dalam satu masalah dari satu Imam. Telah diketahui bahawa Imam as-Syafie
mempunyai dua mazhab: `Qadim' (lama) di Iraq dan `Jadid' (baru) di
Mesir. Hampir-hampir tiada di sana satu masalah yang penting di dalam
feqah, melainkan Imam Malik dan Imam Ahmad akan mempunyai lebih dan satu
riwayat mengenainya. Begitulah juga dengan Imam Abu Hanifah. Beliau
telah berpatah balik dari sebahagian pandangannya beberapa hari sebelum
kematiannya.
Orang-orang yang sebelum mereka juga begitu. Saidina
Omar telah berfatwa dengan satu pandangan. Setahun kemudiannya beliau
berfatwa dengan apa yang menyanggahi fatwanya di tahun sebelum itu.
Apabila ditanya mengenai hal itu beliau berkata: "Itu berdasarkan apa
yang kita telah ketahui dan ini adalah berdasarkan kepada apa yang
sedang kita tahu."
Sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah (iaitu murid
atau orang yang mengikuti usul dan kaedah yang dibuat oleh imam Abu
Hanifah dalam mengistinbat hukum) juga telah menyanggahi pendapatnya di
dalam beratus-ratus masalah apabila jelas kepada mereka dalil-dalil,
sampai kepada mereka hadis-hadis atau mereka mengetahui maslahah
(kepentingan) dan keperluan manusia yang tidak ada pada zaman imam
mereka atau tidak diketahui olehnya. Oleh itu sebahagian ulama-ulama
Hanafiah di dalam masalah khilafiah banyak berkata: "Ini adalah
perselisihan masa dan zaman, bukannya perselisihan hujah dan dalil."
Imam
Abu Yusuf (sahabat besar Imam Abu Hanifah dan yang paling afdhal dan
kalangan mereka) telah berbincang dengan Imam negeri hijrah (Madinah)
iaitu Imam Malik bin Anas lalu bertanya kepadanya tentang kadar gantang,
masalah `al-albbas' (waqaf) dan zakat sayuran. Imam Malik telah
menjawabnya berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh hadis di dalam masalah
itu. Imam Abu Yusuf lantas berkata: "Aku menarik balik (pendapatku)
kerana kata-katamu wahai Abu Abdullah (Imam Malik bin Anas). Sekiranya
sahabatku (Imam Abu Hanifah) melihat apa yang aku lihat, nescaya dia
akan menarik balik (pandapatnya) sebagaimana aku."
Inilah
keinsafan yang merupakan hasil dari ilmu yang tinggi dan ijtihad yang
sahih. Sesungguhnya semua yang datang daripada imam-imam rahimahumalLah
menegaskan hakikat ini.
Abu Hanifah telah berkata: "Inilah
pandanganku. Ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. Sesiapa yang
membawa pandangan yang lebih baik, maka kami akan menerimanya."
Imam
Malik juga pemah berkata: "Sesungguhnya aku adalah manusia yang betul
dan silap. Oleh itu periksalah kata-kataku dengan al-Quran dan sunnah."
Imam
as-Syafie juga telah berkata: "Apabila satu hadis yang sahih bercanggah
dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika
aku melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku."
Antara
kata-katanya yang menarik ialah: "Pandanganku ini betul tetapi ada
kemungkinan silap. Pandangan orang yang selainku silap tetapi ada
kemungkinan betul."
Tiada Dalil Yang Menunjukkan Wajib Taqlid Mazhab Tertentu.
Sesungguhnya
ikut dan taqlid salah satu daripada mazhab-mazhab ini dan imamnya di
dalam semua pendapatnya, tidaklah wajib dan tidak pula sunat. Manakala
kata sesetengah pengarang: "Taklid Imam yang tertentu adalah wajib",
ditolak.
1: Telah sabit di dalam al-Quran, sunnah dan ijmak
bahawa Allah Taala hanya mewajibkan ke atas hamba--Nya mentaati Nya dan
Rasul-Nya. Allah tidak mewajibkan ke atas umat ini mentaati seseorang
yang tertentu di dalam semua yang disuruh dan dilarang oleh orang itu
kecuali RasululLah (s.a.w). Semua ulama telah bersepakat bahawa tiada
seorang pun yang maksum di dalam semua perkara yang disuruhnya atau
dilarang olehnya melainkan ar-Rasul.
Oleh itu Ibnu 'Abbas,
`Athaa', Mujahid dan Malik bin Anas telahpun berkata: "Tiada seorang pun
melainkan diambil kata-katanya atau ditolak melainkan RasululLah
(saw)."
Jadi, mengikut orang yang tidak maksum di dalam semua
yang dikatanya (pendapatnya) adalah sesat yang nyata kerana ia
menjadikan kedudukan imam di kalangan pengikutnya seperti kedudukan nabi
di kalangan ummatnya. Ini adalah penukaran agama dan sama seperti
celaan Allah terhadap kaum Nasrani di dalam firman-Nya:
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah..." At-Taubah: 31.
Celaan
oleh Allah itu adalah kerana. mereka mentaati paderi di dalam perkara
yang dihalalkan dan diharamkan oleh paderi mereka, seperti mana yang
diberitahu oleh Rasulullah (s.a.w).
2- Imam-imam juga telah
melarang orang daripada mentaqlid kepada mereka. Mereka tidak pemah
mendakwa sama sekali bahawa mereka mensyariatkan kepada manusia satu
agama yang mesti diikuti. Mereka juga memberi amaran supaya jangan
mengambil kata-kata mereka tanpa hujah. Imam as-Syafie telah berkata:
"Orang yang menuntut ilmu tanpa hujah adalah seperti pemotong kayu api
pada waktu malam. Dia membawa seikat kayu api yang di dalamnya ada
seekor ular. Ular itu mematuknya sedangkan dia tidak mengetahui."
AI-Muzani
telah berkata di awal kitab ringkasannya: "Aku meringkaskan ini
daripada ilmu as-Syafie dan makna kata-katanya untuk memudahkan
pemahamannya kepada sesiapa yang menghendakinya (dengan catatan bahawa
as-Syafie melarang mentaqlidnya dan orang lainnya) supaya dia melihatnya
untuk agamanya dan untuk menjaga dirinya."
Imam Ahmad juga telah
berkata: "Jangan mentaqlidku dan jangan mentaqlid Malik, as-Shauri atau
Auza'ie. Ambillah dari mana mereka ambil." Beliau juga berkata:
"Seseorang itu dianggap kurang faqih apabila ramai orang mentaqlidnya."
Imam
AbuYusuf juga telah berkata: "Tidak halal bagi seseorang menggunakan
kata-kata kami sehinggalah dia mengetahui dari mana kami mengambilnya
(dalil yang kami gunakan)."
3- Taqlid dan taksub kepada satu-satu
mazhab adalah perkara yang direka (bidaah) di dalam umat ini. Ianya
menyanggahi petunjuk para salaf dan tiga kurun pertama selepas ar-Rasul.
Pengarang kitab `Taqwiimul Adillah' telah berkata:
"Para
sahabat, tabien dan solihin menyandarkan urusan mereka kepada hujah.
Mereka menggunakan al-Quran kemudiannya sunnah dan seterusnya kata-kata
orang-orang yang selepas Rasulullah apabila ianya bertepatan dengan
hujah. Contohnya, seorang lelaki telah mengambil kata-kata Omar di dalam
satu masalah kemudiannya dia mengambil kata-kata Ali pula di dalam
masalah lain (yang bertentangan dengan kata-kata Omar). Tidak pemah
wujud mazhab Omar atau pun mazhab Ali di dalam syariat. Bahkan mereka
menyandarkannya terus kepada Rasulullah. Mereka hidup di kurun yang
dipuji oleh Rasulullah. Mereka berpegang kepada hujah dan tidak kepada
ulama-ulama ataupun diri mereka. Ulama hanyalah dijadikan hujah yang
diikuti pada kurun ke empat apabila umat telah kehilangan taqwa serta
malas mencari hujah dan dalil. Jadilah sebahagian daripada mereka
Hanafi, sebahagian yang lain pula Maliki dan sebahagian yang lain pula
Syafie. Mereka menjadikan peribadi sebagai hujah serta menggunakan
mazhab sebagai neraca untuk menilai kebenaran."
Imam Sheikh
Izzuddin bin Abdul Salam telah berkata: "Orang ramai sentiasa bertanya
siapakah ulama yang disepakati tanpa mengira mazhabnya. Tiada seorang
pula yang mengengkarinya. Hal ini berterusan sehinggalah lahimya mazhab
dan golongan taksub mazhab yang bertaqlid dengan imamnya. Mereka
mengikut apa yang dikatakan oleh imam mereka meskipun mazhabnya jauh
daripada dalil dan bukti. Jadilah imam mereka itu seolah-olah nabi. Ini
adalah jauh dan terseleweng daripada kebenaran. Tiada seorang yang
berakal pun akan meredhainya."
Jelaslah di sini bahawa kewajipan
seorang muslim adalah bertanya kepada ahli ilmu apabila dia tidak mampu
mengetahui hukum-hakam daripada dalil-dalil. Tidak wajib dia mengikut
satu mazhab yang tertentu kerana kewajipannya hanyalah apa yang
diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Allah dan Rasul-Nya tidak
mewajibkan seseorang itu menjadi Hanafiah, Syafieyah, atau lainnya.
Pembentang (pensyarah) kitab `Musallamuth Thubut' telah berkata:
"Mewajibkannya (taklid kepada mazhab tertentu) adalah seperti mengadakan
syariat baru."
Menyanggahi Imam Tidaklah Menjejaskan Kewibawaannya.
Menyanggahi
keempat-empat imam semuanya, atau sebahagiannya, tidaklah menjejaskan
kewibawaan mereka. Ianya tidaklah mengurangkan kedudukan mereka atau
menimbulkan tanda tanya mengenai ketinggian ilmu mereka, kesahihan
ijtihad atau kejujuran mereka di dalam mencari kebenaran. Sesiapa yang
menyangka begitu adalah jahil tentang hakikat dan sejarah umat ini.
Bahkan mengasihi, menghormati dan memuji mereka adalah daripada, ajaran
agama.
Sheikhul Islam Ibnu Taimiah telah menyebut di dalam
muqaddimah kitabnya, (Raf ul Malaa" `anil Aimmatil A'laam): "Kewajipan
seorang muslim selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya ialah mentaati orang
yang beriman, sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran.
Ketaatan ini khususnya kepada ulamak yang merupakan pewaris nabi. Mereka
telah dijadikan oleh Allah seperti bintang-bintang yang menjadi pedoman
di dalam gelap di daratan dan di lautan. Kaum Muslimin telah sepakat
mengenai petunjuk dan ilmu mereka. Mereka adalah pengganti Rasul di
dalam umatnya dan menghidupkan sunnahnya yang dilupakan. Mereka
menegakkan al-Quran dan al-Quran menegakkan mereka. Al-Quran bercerita
tentang mereka dan mereka bertutur dengannya."
Ibnu al-Qasim
telah berkata: "Aku mendengar Malik dan alLaith bercakap mengenai
perselisihan sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w): Ianya bukanlah seperti
yang dikata orang, bahawa ia adalah masalah yang terdapat kebebasan di
dalamnya. Tetapi ia adalah masalah silap atau betul. Malik juga telah
berkata mengenai perselisihan mereka (sahabat): Ianya adalah masalah
silap atau betul. Oleh itu kamu wajib berijtihad."
Jika pada
pandangan Malik dan al-Laith, para sahabat juga ada yang tersilap dan
ada yang betul, maka apatah lagi dengan mereka yang lain?
Ibnu Hazmin Mengharamkan Taqlid.
Sebelum
ini saya telah menggunakan lafaz-lafaz yang lembut di dalam masalah
taqlid. Saya menyatakannya tidak wajib dan tidak juga sunat. Tetapi
sebagai menunaikan amanah ilmu, saya mesti memberitahu kepada pembaca
mengenai apa yang dinyatakan oleh Ibnu Hazmin seorang faqih yang
mempunyai hujah yang kuat. Beliau telah berkata: "Sesungguhnya taqlid
adalah haram. Tidak boleh mengambil kata-kata sesiapapun tanpa
mengetahui dalilnya melainkan kata-kata Rasulullah (s.a.w)."Hujah Ibnu
Hazmin adalah:
1- Firman Allah:
Maksudnya: "Katakanlah kepada
mereka wahai Muhammad "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu
dari tuhan kamu dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain
dari Allah ". AI-'Araf: 3.
Firmannya lagi:
"Dan apabila
dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh
Allah ", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang
kami dapati datuk nenek kami melakukannya ". Al-Baqarah: 170.
Allah juga telah memuji orang yang tidak bertaqlid di dalam firman-Nya:
"Oleh
itu gembirakanlah hamba-hambaku. Yang berusaha mendengar
perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan
menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah
orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah
orang-orang yang berakal sempurna. Az-Zumar: 17-18.
2- Firman Allah:
"Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (AI-Quran) dan
(Sunnah) RasuINya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat... An-Nisa': 59
Allah melarang kita merujuk kepada selain
daripada al-Quran dan sunnah apabila berlaku perselisihan. Begitulah
juga Allah melarang kita merujuk kepada kata-kata orang kerana ianya
bukan al-Quran dan sunnah.
3-Semua para sahabat, tabi'en dan
tabi' tabi'en telah bersepakat bahawa adalah ditegah dan mesti dihindari
dari mengambil semua fatwa seseorang yang sezaman atau sebelum mereka.
Dengan
itu sesiapa yang mengambil semua fatwa Abu Hanifah, Malik, Syafie,
Ahmad (r.a) atau sesiapa sahaja secara khusus tanpa meninggalkan satu
fatwa pun, maka tidak syak lagi beliau telah menyanggahi ijmak umat
seluruhnya dari awal hinggalah akhir.
Percanggahan ini
betul-betul berlaku dan tidak dapat diragukan lagi. Dia juga tidak
mendapati seorang pun daripada generasi tiga kurun pertama yang dipuji
(oleh Rasulullah selepas kewafatan baginda) yang boleh dijadikan ikutan.
Sesungguhnya dia tidak mengikut jalan orang-orang yang beriman. Semoga
Allah melindungi kita daripada termasuk dalam golongan ini.
4-
Kesemua fuqahak ini telah melarang daripada bertaqlid dengan mereka.
Sesungguhnya orang yang bertaqlid dengan mereka telah menyanggahi
mereka.
5- Apakah kelebihan imam-imam ini sehingga mereka ini
lebih utama untuk ditaqlid jika dibandingkan dengan Omar bin al-Khattab,
Ali bin Abi Tholib, Ibnu Mas'ud, Ibnu Omar, Ibnu Abbas atau Aisyah
Ummul Mukminin?
Sekiranya taqlid adalah suatu yang dibolehkan
nescaya mereka adalah lebih berhak untuk diikuti daripada orang yang
selain daripada mereka.
Pandangan Ibnu Hazmin ini adalah
ditujukan kepada golongan ulama yang mengetahui al-Quran, hadis, fekah
dan usul serta mempelajari bahasa dan uslub-uslubnya tetapi malas untuk
memikul beban kajian dan berusaha untuk sampai kepada kebenaran.
Apabila
seorang ulama yang sebenar bangun untuk menunaikan tanggungjawab ini
mereka (ulama-ulama yang malas) akan berkata: "Berhenti! Siapalah
engkau? Biarkanlah manusia seperti mana sekarang." Mereka menentangnya
(ulama yang sebenar) seolah-olah beliau menyeru kepada kemungkaran.
Manakala
orang awam pula, kita tidak menerima pendapat Ibnu Hazmin yang
mengatakan bahawa taqlid juga haram bagi mereka. Kita akan bahaskan
pendapatnya itu dalam sempena yang lain, ianya Allah.
Keganjilan Hukum Adalah Suatu Yang Berubah (Relatif).
Keganjilan
sesuatu hukum adalah perkara yang boleh berubah (relatif). Mungkin
hukum itu ganjil di satu tempat, tetapi di tempat yang lain ianya adalah
masyhur dan dipelajari. Mungkin juga hukum itu pelik dan ganjil di satu
zaman, tetapi kemudiannya diterima di zaman lain. Hukum yang
menyanggahinya pula dianggap pelik.
Keganjilan sesuatu hukum ini bukanlah total dan tetap (mutlaq). la boleh berubah mengikut perkembangan tempat dan masa.
Contohnya
di sini: Masyarakat yang bermazhab Syafie akan merasa ganjil jika
bersembahyang Jumaat tanpa sembahyang sunat sebelumnya. Di ketika yang
sama, masyarakat yang bermazhab Maliki akan merasa ganjil jika
sembahyang sunat dilakukan sebelum sembahyang Jumaat.
Suasana
dalam masyarakat Syafie akan melahirkan rasa amat ganjil apabila,
seorang yang bersembahyang tidak membaca `Basmalah' sebelum membaca
fatihah.
Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki yang
memang tidak membacanya dan suasana masyarakat Hanafi yang membacanya
perlahan.
Suasana masyarakat Syafie juga akan merasa pelik
apabila seorang yang menyentuh perempuan (bukan muhrimnya) bersembahyang
tanpa memperbaharui wudhu'nya.
Begitulah juga apabila mereka
melihat seorang yang terkena air kencing atau tahi unta, lembu atau
ternakan bersembahyang tanpa membasuhnya. Ini berbeza dengan suasana
masyarakat Maliki dan lainnya yang berpandangan air kencing dan tahi
binatang yang dimakan dagingnya adalah suci.
Bahkan masyarakat
Syafie akan merasa amat pelik dan ganjil melihatkan seorang
bersembahyang dan sebelum itu dia telah tersentuh anjing yang basah.
Suasana ini adalah berlawanan dengan masyarakat Maliki yang berpandangan
anjing adalah tidak najis.
Pada zaman ini juga, kita dapat
melihat hukum-hukum yang dikeluarkan oleh sebahagian Imam telah
membuahkan keganjilan bahkan penentangan dan kejian. Namun, setelah
difikir dan diteliti nyatalah hujah, haluan dan ketepatannya dengan
hikmah syara' yang didatangkan untuk membawa kemaslahatan dan mencegah
keburukan. Ia seterusnya diterima setelah ditolak dan dikenali setelah
ditentang.
Sebagai contohnya ialah:
Perubahan-perubahan besar yang dimasukkan ke dalam perundangan kekeluargaan yang dinamakan `undang-undang kekeluargaan'.
Antaranya
ialah tidak gugur talak yang diikat dengan sesuatu jika tujuannya ialah
untuk memaksa melakukan atau meninggalkan perkara yang diikat itu
(contohnya: Jika kamu pulang ke rumah orang tuamu, saya ceraikan kamu),
gugur talak tiga dengan satu lafaz, undang-undang wasiat wajib yang
menyelamatkan zuriat bapa daripada kezaliman bapa-bapa saudara dan
mengabaikan datuk dalam pusaka. Kesemua ini dianggap ganjil pada
mulanya, tetapi kemudiannya telah diterima oleh umat. Tiada sebab ia
tidak boleh diterima, apatah lagi dalilnya diambil daripada al-Quran.
Perkataan
`ganjil' sendiri tidak mempunyai maksud yang tertentu, meskipun ia
digunakan bagi menggambarkan pandangan yang bercanggah dengan pandangan
Jumhur Ulama.
Ibnu Hazmin telah berkata: "Saya telah
meriwayatkan pendapat-pendapat Abu Hanifah, Syafie dan Malik dalam
beratus-ratus masalah. Terdapat dari kalangan mereka yang memberi
pandangan yang tidak pemah diberi oleh orang sebelumnya. Oleh itu
hairankah kamu!"
Pandangan Yang Masyhur Tidak Semestinya Betul.
Pandangan
yang masyhur tidak semestinya betul, sebagai mana juga pandangan yang
ganjil (gharib) tidak semestinya silap. Betul dan silap bukanlah perkara
yang ditentukan oleh masyhur atau ganjilnya sesuatu di sisi ulama yang
mencari kebenaran. Banyak hukum yang masyhur, apabila dikaji dalilnya
didapati goyah dan lemah. Banyak juga hukum yang ganjil, didapati
dalilnya terang seterang matahari yang tidak dilindungi awan.
Setiap
Muslim yang mencari kebenaran mestilah meletakkan kekuatan hujah dan
kejelasan dalil sebagai neraca, bukannya kemasyhuran sesuatu pandangan
dan kuantiti orang yang berpegang kepadanya.
Sekiranya neraca
kebenaran berdasarkan kepada majoriti dan kepercayaan ramai, nescaya
Islam akan dikira batil di tengah agama dan kepercayaan sesat yang
mempunyai ratusan juta pengikut. Allah telah berfirman:
"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat-sangat ingin (sampai mereka beriman). Yusoff 103
Firman Allah (s.w.t):
"Dan
jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah... Al-Anaam: 116.
Firman Allah (s.w.t):
"Tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. Ar-Ra'd: 1
Firman Allah (s.w.t):
"Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka tidak menerimanya). Al-An am: 37
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;
"Mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib)." AI-Hujurat: 4
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;
"Mereka tidak bersyukur."
Abdullah
bin Mas'ud telah menyanggahi jumhur manusia di dalam sebahagian
pendirian dan pandangan. Sebahagian sahabatnya telah bertanya "Bukankah
dia mengikut jamaah?" Beliau menjawab:
"Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran meskipun engkau keseorangan."
Ibnu
Mas'ud telah memberi amaran mengenai satu zaman di mana neraca berubah.
Kebatilan akan diikuti oleh manusia dan kebenaran akan dianggap ganjil.
Mereka menjadi biasa dengan kemungkaran dan menentang kebaikan. Beliau
berkata: "Bagaimana jika anda hidup di zaman berlaku fitnah yang
merangkumi seorang kanak-kanak sejak kecilnya dan orang dewasa hingga ke
hari tuanya. Hinggalah fitnah itu dianggap oleh mereka sebagai satu
kebiasaan. Apabila ia diubah, mereka akan berkata: "Anda mengubah
kebiasaan atau ini adalah kemungkaran."
Cukuplah bagi membuktikan
bahawa keganjilan hukum bukanlah bukti bahawa ianya adalah silap,
sesetengah ayat hukum di dalam al-Quran yang amalannya telah
ditinggalkan, hinggakan di zaman sahabat juga. Akhimya hukum ayat ini
menjadi ganjil pada manusia.
Contohnya firman Allah:
"Dan
apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim
serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu,
maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada
mereka dengan kata-kata yang baik. An-Nisaa': 8
Sebahagian ulama menyangka ia telah dimansukhkan. Oleh itu mereka tidak beramal dengannya.
Begitulah juga dengan firman Allah:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba kamu meminta izin
kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu)... "An-Nur: 58
Ibnu 'Abbas telah berkata: "Syaitan telah melupakan manusia dan ayat ini hinggakan mereka tidak beramal dengannya."
Perselisihan Dalam Perkara `Furu' (Cabang) Tidak Membawa Kepada Perpecahan.
Perselisihan
dalam perkara ijtihad yang tidak mempunyai dalil yang qat'ie dari segi
kewujudan (thubut) dan dalalahnya (petunjuknya kepada sesuatu hukum),
tidak seharusnya boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan. Para
sahabat telah berselisih sesama mereka, namun tidak pernah berlaku
perpecahan atau permusuhan di antara mereka.
Terdapat di kalangan
sahabat, tabi'en dan orang yang selepas dari mereka orang yang membaca
bismillah dan yang tidak membacanya. Ada yang membacanya kuat dan ada
yang membacanya perlahan. Ada yang membaca qunut dalam sembahyang subuh
dan ada yang tidak membacanya. Ada yang berwudhu' kerana berbekam,
keluar darah dari hidung, muntah, memakan makanan yang terkena api
(dimasak) atau memakan daging unta dan ada yang tidak berwudhu' kerana
sebab-sebab tersebut.
Walaupun begitu mereka tetap menjadi
makmum kepada yang lain. Abu Hanifah, Syafie dan lain-lain lagi
(RidhwanulLahi `Alaihim) juga menjadi makmum kepada imam-imam Madinah
yang bermazhab Maliki dan lainnya meskipun mereka tidak membaca
bismillah sama ada perlahan atau kuat.
Harun ar-Rasyid telah
bersembahyang menjadi imam selepas berbekam. Imam Abu Yusuf telah
menjadi makmumnya dan dia tidak mengulangi sembahyang itu. Imam Malik
telah memberi fatwa kepadanya bahawa tidak wajib wudhu' ke atasnya.
Imam
Ahmad telah berpandangan, orang yang keluar darah dari hidungnya dan
berbekam mesti memperbaharui wudhu'nya. Kemudian dia telah ditanya
adakah dia akan mengikut sembahyang imam yang terkeluar darah dan tidak
memperbaharui wudhu'. Beliau menjawab: "Kenapakah aku tidak
bersembahyang di belakang Malik dan Sa'id bin Musayyib?"
Imam Syafie juga telah sembahyang berdekatan kubur Abu Hanifah. Beliau tidak membaca qunut kerana beradab dengan Abu Hanifah.
Kata beliau: "Kita mungkin condong kepada mazhab penduduk Iraq."
Kitab
`al-Bazaziah', sebuah kitab mazhab Hanafi telah menceritakan tentang
imam Abu Yusuf. Beliau telah mandi di sebuah bilik mandi pada hari
Jumaat dan kemudiannya bersembahyang mengimami orang ramai. Setelah
mereka bersurai, beliau telah diberitahu, terdapat bangkai tikus di
dalam telaga bilik mandi itu. Beliau telah berkata: "Kalau begitu kita
ambil pandangan saudara-saudara kita, penduduk Madinah: Air yang
melebihi dua kolah tidak berubah hukumnya bila dimasuki najis."
Kesemua
yang berlaku adalah kerana masalah ini dan yang serupa dengannya
merupakan perkara yang boleh menerima banyak pandangan. Kerap kali
kedua-dua pandangan di dalam sesuatu masalah disyariatkan. Jika tidak
begitupun, kebenaran tidak dapat diputuskan dan mereka yang tersilap
diampuni dan diganjari.
Oleh kerana itulah, para Imam di dalam
masalah ini membenarkan satu pandangan dan mengiyakan juga pandangan
yang menyanggahinya. Mereka berkata: "Ini lebih selamat", "Inilah yang
dipilih", "Pandangan ini yang palingku sukai" atau "Saya tidak
mengetahui selain darinya." Perkara-perkara sebegini banyak terdapat di
dalam kitab ' alMabsuth', hadis Nabi dan kata-kata Syafie
RahimahumulLah.
Semoga Allah meredhai Imam Malik yang amat
memahami tentang masalah ini. As-Sayuti telah menceritakan tentang
arRashid yang berbincang dengan Imam Malik untuk menggantung kitab
al-Muwattha' di Ka'bah dan memaksa orang ramai mengikutnya.
Imam
Malik telah berkata: "Jangan berbuat begitu. Sesungguhnya sahabat
Rasulullah telah berselisih dalam perkara furuu' (cabang) dan mereka
bertebaran di seluruh tempat. Sesungguhnya semua itu adalah sunnah yang
telah terjadi. ArRashid kemudiannya berkata: "Semoga Allah memberikanmu
taufik wahai Abu Abdullah!" Kisah yang sama juga telah diceritakan
berlaku semasa pemerintahan al-Mansur.
Kesimpulannya, apa yang
saya tuliskan ini bukanlah bertujuan untuk mempertahankan pengarang
`hukum-hukum yang ganjil'. Saya juga tidak menyokongnya di dalam semua
bahagian yang dibentang. Apa yang saya sokong ialah bentuk kajian,
perbandingan dan penelitian pandangan.
Setiap Muslim hendaklah
menjadikan dalil dan hujah sebagai pemandunya. Mana-mana hukum yang
mempunyai dalil yang kuat, dipercayai akal dan menenangkan hati di
sisinya, mestilah diamalkannya. Tiada salahnya jika hukum ini tergolong
di dalam hukum-hukum yang ganjil. Dia juga tidak perlu bimbang jika
hukum itu mengandungi kemudahan untuk manusia. Sememangnya agama kita
tidak didatangkan melainkan untuk memudah, meringan dan memberi rahmat.
Rasulullah telah bersabda:
"Sesungguhnya aku dibangkitkan dengan agama yang mudah... "
"Permudahkan dan jangan menyusahkan.... "
"Sesungguhnya kamu dibangkitkan sebagai pemudah dan kamu tidak dibangkitkan sebagai penyusah.... "
Firman Allah:
"(Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan
dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Al-Baqarah: 185
Firman Allah
"Allah
(sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumnya) daripada kamu, kerana
manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. An-Nisa': 28
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;
"Allah
tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatnya kepadakamu, supaya kamu bersyukur." Al-Maidah:
6.