kita semua ingin untuk berjaya dan kaya. Akan tetapi cara dan skill yang digunakan itu kurang tepat lantas kegagalan menanti diakhir usaha. Apabila kegagalan menegur kita timbul satu sifat baru yang dikenali sikap putus asa. Sedangkan kegagalan yang paling celaka adalah sikap berputus-asa.
Sekiranya kita lihat tokoh-tokoh hebat dunia sekali pun awalnya menemui kebuntuan aka kegagalan dalam usaha mereka akan tetapi satu sifat yang tidak sama kita dengan mereka ialah mereka tidak berputus-asa dan terus berusaha serta akhirnya nama mereka disebut-sebut. Begitu juga dengan tokoh-tokoh dalam negara kita yang tidak kurang hebatnya.
Cuba kita menelusuri kehidupan mereka seperti Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang mana beliau merupakan ke-5 terkaya di Malaysia dengan kekayaan dianggarkan rm9530 juta. Beliau pada awalnya seorang yang miskin dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah hidupnya. Anda boleh baca dalam biodata tentangnya di laman web yang lain.
Ini jelas bahawa usaha manusia harus sepalu dan seiring dengan doa dan tawakal. Dalam kehidupan tidak lekang dari masalah dan tribulasi kita yang mengurus "masalah" tersebut dengan bijaksana ataupun hanya merungut tanpa sebarang usaha sehingga sampai satu tahap akal tidak lagi berguna sehingga tergamak bunuh diri. Dalam keaadaan seperti ini kita tidak ubah seperti makhluk yang tidak berakal. Kekayaan tidak datang bergolek dan perlukan usaha dari kita. Sikap keras dan tanpa jemu ini antara rahsia jutawan dunia
Dalam perniagaan tiga perkara yang tidak boleh lari iaitu MODAL, USAHA dan RISIKO. Tanpa ketiga-tiga ini sesuatu itu tidak dinamakan perniagaan. Perniagaan adalah satu pelaburan samaada membawa kepada untung atau rugi. Ini berkait dengan usaha seseorang yang tidak kenal erti berputus asa. Persoalannya apakah kita boleh menjadi kaya hanya dengan mengoyang kaki tanpa mengambil apa-apa tindakan.Nasib kita dibahu kita sendiri dan Allah telah amanahkan agar kita menjadi khalifah dengan bahasa mudahnya melakukan terbaik untuk diri kita sendiri dan masyarakat secara amnya... Wallahualam.
saya kongsikan satu ebook yang moga-moga bermanfaat..
kenapa gagal untuk kaya
rujukan: sini